Thursday, September 10, 2009

Persiapan raya

Baca blog Arin arini tentang persiapan raya. Kami sekeluarga? Ala-kadar juga tetapi anak mesti bergaya! I started beli baju cik abang kecik masa Malaysia Mega Sale bulan Julai dulu. Memang kemestian beli masa tuh sebab Zara akan ada sale. Zara for kids nun jauh kat OU. Baju kurung for me dah beli minggu lepas masa balik Melaka. Hajat di hati nak beli sepasang jek tapi encik suami kata, ada ke raya baju kurung satu jek? So, pilih laa dua helai. Then dia pun kena beli gak sepasang baju Melayu kaler lebih kurang sedondon laa sebab tahun lepas tak beli baju Melayu. Songkok Danial pun dah siap beli. Dia tak beli kasut jek sebab kasut Nike yang beli tengah tahun aritu masih elok lagi, lagipun dia jarang pakai kasut. Songkok suami jek lom ada. Songkok yang ada tinggi giler, al maklumlah orang Johor! Songkok biasa tatau mana hilang masa pindah rumah dulu.

Kuih-muih pun dah beli. Beli dari pasar raya jek. Malas nak order bebanyak. Tak makan, membazir. Macam tahun lepas. Tahun lepas rumah bergaya sakan. Tukar itu ini. Tahun ini takde apa yang ditukar. Semua masih elok lagi.

Duit raya pun dah tukar. Persiapan ala kadar sebab kami save duit nak jalan ke Jakarta nanti. Masih reluctant nak ke sana but ntah ke mana pulak nak pi kalau tak ke sana. Tak tau tiket boleh tukar ker tak. Harap-harap takde masalah nanti bila kami ke sana.

p/s: beli persiapan anak yang masalahnya adalah seluar. Dia kena pakai seluar yang bergetah sebab perut dia manyak buncit oooooooo!!!! Yang ada kat Mothercare atau Pumpkin Patch. Sehelai seluar jek dah dekat RM80...fuhhhh...maknya beli jeans kali terakhir pun 5 tahun lepas lepas gave birth to him. He's just like his dad, bergaya no 1!

p/s: semalam dia bawak botol perfume dia ke school. Abis semua orang disemburnya ngan 'kerfume' tuh. Dah tu, semua buku dalam beg bau perfume!

1 comment:

Lya said...

cute! DTg rumah aku - 26 September Sabtu raya ke 7. Adik aku kawin.

Lya